KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) ternyata tiada tandingan, apabila menundukkan Sri Pahang FC 2-0 sekali gus memadam rekod tanpa kalah pasukan itu pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Kemenangan kali ke-12 berturut-turut oleh pasukan kendalian Solari Esteban Andres itu, menguatkan lagi cengkaman Harimau Selatan sebagai pendahulu liga.
Kedua-dua pasukan bermula cemerlang apabila melancarkan serangan bertali arus sebelum gawang skuad Tok Gajah dibolosi pemain sensasi Bergson Gustavo Silveira Da Silva, pada minit kecederaan babak pertama perlawanan.
Sebaik babak kedua bemula, JDT terus menguasai perlawanan apabila Sri Pahang FC terus dihukum apabila benteng mereka sekali lagi runtuh pada minit ke-74, menerusi hantaran Arif Aiman Mohd Hanapi yang disudahi dengan rembatan Fernando Martin Forestieri dari luar kotak penalti.
Jaringan itu menyaksikan keputusan kekal 2-0 sehingga tiupan wisel penamat.
Sementara itu, dalam aksi penuh dramatik di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyaksikan, Selangor menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 3-2.
Pasukan pelawat kendalian Nafuzi Zain, tidak menunggu lama untuk meledak jaringan gol pembukaan menerusi pemain import Amirbek Juraboev dari Tajikistan pada minit keenam perlawanan, menerusi sepakan penjuru Manuel Hidalgo, namun Skuad Gergasi Merah kembali bangkit apabila Ayron del Valle tenang menyamakan kedudukan pada minit ke-23.
Kedua-dua pasukan kembali memperkemaskan corak permainan, namun penyerang import KDA FC William Lira berjaya meledak gol enam minit kemudian, selepas mengatasi benteng pemain pertahanan Yazan Al-Arab dan Sharul Nazeem.
Enggan tewas di laman sendiri, pemain sayap sensasi Selangor Mohamad Faisal Abdul Halim bijak mengambil peluang menambah gol kedua pasukan dalam keadaan kucar kacir di hadapan gawang pada minit ke-40.
Bersambung babak kedua perlawanan, pemain Selangor garang melakukan beberapa percubaan berani sekali gus menyaksikan Noor Al-Rawabdeh muncul wira, apabila menoktahkan kemenangan pada minit ke-78, yang dimanfaatkan selepas pasukan pelawat bermain dengan 10 pemain setelah pertahanan Kamil Akmal Abd Halim dilayangkan kad merah.
Sementara itu, skuad Penyu berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menang tipis 1-0 ke atas Penang FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA),menerusi gol milik Engku Nur Shakir Engku Yaacob yang menerima umpanan cantik Sony Norde pada minit ke-75.
Sementara itu, aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur menyaksikan Kuala Lumpur City FCterpaksa akur apabila keputusan seri 1-1 bersama Kuching City.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2023
Pemain JDT Bergson Gustavo Silveira Da Silva meraikan jaringannya ketika menentang Sri Pahang FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
65 murid keracunan makanan di Sungai Petani
Seramai 65 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya dipercayai mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin sekolah pagi tadi.
Pengadu terima panggilan pertama Ebit Lew jam 3.40 pagi - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret bahawa dia menerima panggilan telefon pertama daripada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew pada jam 3.40 pagi, 4 Mac 2021.
[TERKINI] Netanyahu tiba di Kneeset teruskan persidangan
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Yoav Gallant dilihat meneruskan sesi baharu pembukaan parlimen disaat berita mengenai permohonan waran tangkap hangat diperkatakan ketika ini.
Dalam rakaman yang dikongsikan Reuters, Netanyahu berjalan memasuki dewan dengan kawalan ketat anggota keselamatan.
Dalam rakaman yang dikongsikan Reuters, Netanyahu berjalan memasuki dewan dengan kawalan ketat anggota keselamatan.
[TERKINI] Ketua Pendakwa Raya mohon waran tangkap terhadap Netanyahu
Mimpi ngeri Israel yang menyuarakan kebimbangan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersedia mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawainya bakal menjadi kenyataan selepas notis permohonan diserahkan ICC kepada tiga panel hakim yang terlibat dalam pra-perbicaraan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
AWANI Ringkas: Buang bayi - Sepasang kekasih ditahan di Kemaman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
JDT terus kuasai Asia Tenggara
JDT terus mengekalkan penguasaan sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.
'Sedih julang piala dengan cara ini' - Tunku Mahkota Ismail
Pemilik JDT Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih untuk menjulang Piala Sumbangsih 2024 dengan cara berbeza.
Perlawanan Sumbangsih dibatalkan, JDT dapat kemenangan percuma - MFL
MFL berkata, pembatalan itu susulan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan berkenaan.
JDT gesa PDRM segera siasat insiden serangan ke atas pemain
Pasukan JDT turut menzahirkan kerisauan berkaitan keselamatan pemain susulan serangan yang berlaku berhampiran pusat latihan kelab itu.
JDT tingkatkan tahap keselamatan pemain
JDT menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat insiden yang melanda pemain bola sepak negara iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Aksi sumbangsih: 1,500 polis kawal keselamatan di Stadium Sultan Ibrahim
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi mengawal keselamatan pada perlawanan sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Jumaat ini.
Tunku Mahkota Ismail kecam insiden libatkan Faisal, Akhyar
Baginda berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera siasat kes tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.
JDT sediakan fasiliti latihan terbaik untuk skuad B-17 negara
Skuad muda negara bimbingan Javier Jorda Ribera dijadual menjalani kem latihan pusat di Pasir Gudang, Johor sehingga Selasa depan.